GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 Januari 2012

28,000 wanita mohon jadi jurujual di kedai pakaian dalam


RIYADH: Kira-kira 28,000 wanita Arab Saudi memohon untuk jawatan sebagai jurujual di kedai menjual pakaian dalam dan aksesori wanita di negara itu.

Fahd Al-Tukhaifi, Penolong Setiausaha Pembangunan di Kementerian Buruh berkata, mereka akan menggantikan jurujual lelaki di 7,353 kedai menjual pakaian wanita dan alat solek di Arab Saudi. 

Kementerian itu telah menetapkan lusa (Rabu, 4 Januari) sebagai tarikh akhir untuk melaksanakan arahan menggantikan jurujual lelaki dengan jurujual wanita di kedai berkenaan.

Kata Fahd, Riyadh mendahului wilayah lain dengan 5,621 wanita bersedia untuk menjadi jurujual di kedai pakaian dalam wanita.

Diikuti Makkah dengan 5,086 dan wilayah timur dengan 3,183 wanita.

Yang lain sudah mendaftar untuk pekerjaan yang sama di 10 wilayah lain. 

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP