GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Januari 2012

Skandal Ryan Giggs : Imogen ditabur duit oleh Giggs


* IMOGEN bergambar bersama bekas bintang siri Hollyoaks, Danan, ketika mereka muncul dalam program Come Dine With Me

LONDON: Kekasih gelap Ryan Giggs akan mendedahkan kepada umum yang hubungan sulitnya dengan pemain bola sepak Manchester United itu memberinya kemewahan dalam rancangan televisyen, hujung minggu ini.

Melalui program Come Dine With Me: Celebrity Special, Imogen Thomas, model glamor itu bercerita bagaimana wang diberi Giggs membolehkan dia membayar hutang dari semasa ke semasa.

Bekas peserta program realiti televisyen itu akan muncul selama sejam bersama bintang siri Shameless, Tina Malone; bekas aktor Hollyoaks, Paul Danan - yang digelarnya “gila” serta penyanyi era 1980-an, David Van Day.

Bagaimanapun, Imogen tidak menamakan Giggs dalam pengakuan itu serta butiran lain, sebaliknya merujuk pemain bola sepak berkenaan sebagai “skandal” dirinya serta sekadar “hubungan” sulit.

Sesetengah komen dalam siri berkenaan - dirakam sebelum Imogen dibebaskan daripada dakwaan peras ugut oleh Giggs - tidak akan disiarkan kepada umum kerana disunting.

Menurut Imogen, dia ditawarkan pelbagai peluang dan pada masa sama mempunyai beban kewangan yang perlu dilunaskan.
“Jika anda berada di kedudukan saya, apa yang akan anda lakukan? “Adakah anda akan berlalu dan melupakan tawaran itu atau sebaliknya?” katanya.

Kata Imogen, dia mempunyai beban hutang dan terpaksa terus bekerja untuk menyara hidup.
Apabila ditanya mengenai aspek moral, Imogen mempertahankan diri dan berkata, seseorang tidak boleh menilainya sehinggalah mereka melalui apa yang dialaminya.

“Memanglah anda akan cuba menahan, tetapi ia akan menjadi tidak terkawal.

“Saya cuma wanita biasa dan terpaksa berada di situasi begitu,” katanya.

Imogen berkata, dia juga menerima ugutan bunuh, selain terpaksa berdepan dengan petugas media yang berkhemah di depan rumahnya setiap hari sejak enam bulan lalu.

“Nampaknya saya melakukan kesilapan dan cuba meneruskan hidup seadanya,” katanya. - DM

* Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP