GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 31 Januari 2012

Kini implan punggung pula beri masalah kesihatan


google imej

LONDON 30 Jan. - Selepas kes satu jenama implan payudara mencetus skandal kesihatan sedunia baru-baru ini, kini implan punggung yang dipakai oleh berpuluh-puluh ribu pengguna pula sedang disiasat kerana dikhuatiri mengundang masalah yang sama.

Pihak berkuasa kesihatan kini menemui bukti baru mengenai bahan besi yang terkandung di dalam implan tersebut boleh menjadi toksik kepada buah pinggang dan juga menyebabkan radang tisu sekitar tulang, sekali gus memusnah otot.

Menurut pakar bedah, implan punggung mempunyai peratus kegagalan hingga 50 peratus selepas enam tahun dipakai, namun sesetengah pesakit mungkin tidak sedar dengan bahayanya.

Implan punggung dan pembedahan memperbetulkan struktur punggung, biasanya menawarkan pengguna peluang sehingga 95 peratus tanpa rasa sakit untuk tempoh 10 hingga 15 tahun selepas pemakaian.

Bagaimanapun, masalah boleh berlaku terhadap semua jenis implan punggung besi yang ketika ini digunakan oleh lebih 40,000 pesakit seluruh dunia, apabila geseran antara komponen menyebabkan bahagian besi kecil mungkin akan patah.

Tahun lalu, dua implan punggung buatan syarikat DePuy ditarik balik dari pasaran selepas keselamatannya diragui. 

Menurut perangkaan, sekitar 10,000 besi implan punggung dipasang kepada pengguna di United Kingdom sejak 2003.

Ketika ini beratus-ratus pengguna sedang berusaha untuk mendakwa syarikat tersebut disebabkan mengalami masalah kesihatan akibat memakai produk itu.

Perunding IT, Penny Brown, 51, menjalani pembedahan memasukkan implan punggung DePuy selepas mengalami kesakitan di bahagian itu akibat terlibat dengan sukan gimnastik dan meluncur.

Lapan tahun kemudian, implan tersebut tertanggal dan menyebabkan tisu-tisu di sekitarnya berselerakan. - AGENSI

* Sumber


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP