GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Mac 2013

Lahad Datu: PM Sahkan Dua Komando Terbunuh, Kesal Pertumpahan Darah


Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Foto BERNAMA 
PEKAN: Perdana Menteri mengesahkan dua anggota keselamatan terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.
"Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.
"Sekarang tidak ada tempoh lagi bagi kumpulan itu untuk pergi.
"Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu," katanya.
Sementara itu, di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan bersenjata Sulu.
Bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui.
Pada sidang media pada pukul 6 petang, Hamza berkata, pertelingkahan bermula pada 9.59 pagi Jumaat dan selepas 30 minit kemudian lima anggota elit PGA elit bergeak untul mengawal ketat sekitar kampung Tanduo di mana terdapat kira-kira 180 orang termasuk 30 lelaki bersenjata Sulu yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram yang menceroboh kawasan itu sejak 9 Februari.
“Anggota kami cedera apabila beberapa penceroboh menembak mereka, memaksa pihak kami untuk melepaskan tembakan," katanya sambil menambah bahawa pasukan keselamatan kini mengawal kawasan itu dalam radius 10 kilometer persegi.
Beliau berkata, polis berjaya mendapatkan beberapa senjata milik kumpulan Sulu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP