Pekerja Restoran Didenda RM2,000 Ceroboh Tandas Wanita
Tweet
Read more...
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin, kerana menceroboh tandas wanita bulan lepas.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu selepas Chow Chee Yeep, 27, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 25 Feb lalu di bangunan Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
- BERNAMA