Pencerobohan Lahad Datu : Jakim sarankan umat Islam seluruh negara tunai solat hajat
Tweet
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan semua pentadbir masjid dan surau serta umat Islam di negara ini menganjurkan solat hajat memohon pencerobohan di Sabah berakhir dengan baik.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, juga menyarankan umat Islam berdoa
memohon kepada Allah agar melindungi Lahad Datu dan negara amnya daripada

sebarang ancaman yang menjejaskan keselamatan rakyat.
"Marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat beramai-ramai dan berdoa agar keselamatan pasukan tentera, polis di Lahad Datu dilindungi, hak Malaysia di Lahad Datu dipertahankan dan keamanan Malaysia terpelihara," katanya kepada selepas Seminar Ulama-Umara di Bangunan Perdana Putera, di sini, hari ini.

* Sumber
Read more...