GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 5 Mac 2013

Tiada Anggota Keselamatan Cedera Dalam Serangan Ofensif Lahad Datu - Hishammuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal Selasa.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu pada Selasa.
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari Selasa mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.
Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
Beliau berkata, inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akanmemberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.
Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.
"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat PolisKontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP