Pasukan Keselamatan Mampu Tumpaskan Saki Baki Penceroboh - Ahmad Zahid
Tweet
Read more...
KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kataMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat 'lubuk permainan' penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan.
Oleh itu, katanya Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat.
Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberitabahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo,berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu.
"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai seranganbalas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskannamun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," kata AhmadZahid menerusi perbualan telefon bersama Bernama TV, pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siagadi beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik'psikologi songsang' yang digunakan penceroboh.
"Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etikapeperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan,"katanya.
Ahmad Zahid berkata lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasanseperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hatidengan operasi pembersihan penceroboh.
-BERNAMA