GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 1 April 2013

Pasangan sejenis tak layak jaga anak yatim


Presiden Russia, Vladimir Putin, arah mahkamah pinda undang-undang

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin tidak mahu anak yatim negaranya menjadi anak angkat pasangan sejenis dari negara asing. 

Kerajaan dan Mahkamah Agung dilaporkan sudah diminta mengemuka cadangan meminda undang-undang dalam perkara itu pada 1 Julai depan. 

Hubungan anak dan penjaga seumpama itu meragukan dari sudut moral” Konstantin Dolgov, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia

Kementerian Pendidikan dan Sains dijangka menguruskan perkara berkenaan kerana ia menangani isu membabitkan anak yatim dan proses mengambil anak angkat, lapor akhbar Izvestia.

Kementerian itu buat masa ini menyatakan masih menunggu arahan berkenaan.
Ketegangan dalam isu meningkat pada pertengahan Februari lalu selepas Dewan Rakyat Perancis meluluskan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis dan pasangan homoseks mengambil anak angkat.

Tidak lama selepas itu, pegawai mengenai hak kanak-kanak, Pavel Astakhov berikrar akan berusaha sedaya upaya supaya anak yatim Russia hanya menjadi anak angkat pasangan tradisional.
Februari lalu, Kementerian Luar Russia melaporkan ia merancang meneliti sepenuhnya kesan psikologi terhadap anak yatim Russia, Yegor Shabatalov.
Budak itu diambil menjadi anak angkat seorang wanita Amerika Syarikat yang tinggal bersama pasangan sejenisnya.

Tetapi, dia tidak memberitahu perkara itu kepada pihak berkuasa Russia ketika memohon untuk mengambil anak angkat.

Dua tahun selepas menjaga budak itu, pasangan berkenaan berpisah dan masing-masing menuntut diberi hak menjaga Shabatalov.

“Hubungan anak dan penjaga seumpama itu meragukan dari sudut moral, tambahan pula budak itu terheret sama,” kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Kementerian Luar, Konstantin Dolgov. 


- AGENSI (BH)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP