GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 4 April 2013

Haiwan Ini Gemar Lakukan 0ral S3ks


ilustrasi 

Hasil kajian terbaru yang dilakukan penyelidik dari Madurai Kamaraj University di India menemukan fakta bahawa kelawar jantan melakukan seks oral kepada betinanya untuk membuat waktu perkahwinan mereka berlangsung lebih lama.

Menurut penyelidik, perilaku yang disebut cunnilingus ini dilakukan kelawar jantan ketika kelawar betina berhenti bergerak dan bertujuan untuk merangsang dan melumasi organ pembiakan pasangannya.

Perilaku ini diketahui penyelidik selepas melakukan pemerhatian terhadap sebuah koloni yang terdiri daripada 420 ekor kelawar India (Pteropus giganteus) selama lebih dari 13 bulan menggunakan binokuler dan kamera video.

kelawar pemakan buah ini merupakan salah satu jenis kelawar yang terbesar di dunia. Selama pemerhatian, penyelidik menyaksikan 57 kali aktiviti seks, kopulasi dan oral, yang kebanyakan dilakukan di pagi hari.
"Terlepas dari yang manusia lakukan, ternyata kelawar juga melakukan oral seks sebagai sebahagian perilaku sanggama mereka," ujar Ganapathy Marimuthu, penyelidik tentang kelawar di Madurai Kamaraj University di India, seperti dikutip LiveScience, Isnin (1/4/2013).

Dalam proses pembiakan, pada awalnya, kelawar jantan akan merangsang balaknya hingga mengalami ereksi. Kemudian, dia akan mengejar kelawar betina. Sekali menyentuh, betina biasanya melarikan diri. kelawar jantan kemudian mengikuti. Jika berjaya memikat betina, maka pejantan akan memulakan seks oral.

Penyelidik juga mendapati fakta bahawa tempoh cunnilingus sebelum kawin akan mempengaruhi tempoh kopulasi. Semakin lama seks oral dilakukan, tempoh kelawar jantan untuk melakukan kopulasi semakin panjang. Hal ini menguntungkan baginya. Ertinya, sperma mempunyai waktu lebih lama untuk bergerak.
"Waktu kopulasi yang lebih lama membantu mobiliti sperma. Mobiliti sperma ini akan meningkatkan peluang terjadinya persenyawaan," kata Marimuthu.

Aktiviti cunnilingus ini berlangsung kira-kira 50 minit, kemudian dilanjutkan dengan kopulasi selama 10 hingga 20 minit. Setelah kopulasi, kelawar jantan kembali melakukan cunnilingus untuk 94 hingga 188 saat.

Marimuthu juga mencatat, perilaku seks oral yang dilakukan kelawar jantan mungkin bertujuan untuk membersihkan vagina pasangannya dari sperma individu lain yang jadi pesaingnya. Perilaku ini seolah memberi kepastian bahawa sperma yang membuahi sel telur bukan milik pesaingnya.

"Dalam konteks ini, aktiviti-aktiviti seks oral yang dilakukan kelawar jantan pasca-hubungan badan adalah perilaku maladaptive. Hal ini kerana, ketika mereka melakukan hal tersebut, ada risiko si jantan menghilangkan sperma mereka sendiri," tulis penyelidik dalam artikelnya yang diterbitkan di jurnal PLoS ONE , Khamis (28/3/2013) lalu.

Perilaku seks oral ini tak hanya dilakukan kelawar jantan. Pada jenis lain, dijumpai juga bahawa betina pun melakukan seks oral untuk merangsang pejantan.

* Sumber tribunnews.com




Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP