GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Julai 2013

Isteri Sepak dan Maki Hamun Suami depan Mertua

imej google
Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.
Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.
“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP