JAKIM bantah kehadiran kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God'
Tweet
Read more...
Lamb Of God
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah kehadiran kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God' daripada membuat persembahan di Malaysia berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihak berkenaan diharap tidak meluluskan kemasukam artis itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam dan menjaga kemaslahatan dengan tidak membuka pintu atau ruang kepada berlakunya pelbagai krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak.
"Kumpulan ini pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat suci al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan seperti Walk With Me In Hell (berjalan denganku di dalam neraka), Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian), Resurrection (kebangkitan) serta menerbitkan album berjudul New American Gospel secara jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.
"Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara Islam seharusnya menonjolkan imej yang terbaik dengan tidak menganjurkan konsert hiburan melampau seumpama ini," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Majlis Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka Warga JAKIM di sini hari ini.

Kumpulan terbabit dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Sumber myMetro