GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 September 2013

Amerika Syarikat tangguh serang Syria

Washington: Presiden AS membuat kejutan semalam apabila menangguhkan rancangannya menyerang Syria, sebaliknya cuba mendapatkan sokongan daripada Kongres - langkah berisiko yang belum pernah diambil pemimpin terdahulu.
Disebabkan keputusan itu, sebarang kemungkinan serangan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad tidak akan berlaku sekurang-kurangnya sehingga 9 September ini apabila ahli Kongres kembali daripada percutian masing-masing.
Obama bertegas dia mempunyai tetap berhak melakukan serangan walau apa pun keputusan Kongres nanti, manakala Rumah Putih berkata, penangguhan itu membolehkan presiden mereka membina sokongan antarabangsa.

Liga Arab bertemu di Kaherah hari ini dan dijangka mengeluarkan resolusi mengutuk Bashar yang didakwa menggunakan senjata kimia ke atas rakyat Syria 21 Ogos lalu.
Foto
PENUNJUK perasaan membawa sepanduk mengecam kerajaan Syria dan Mesir yang membunuh kanak-kanak ketika menyertai protes di Sydney, Australia semalam.

Obama pula akan melawat Russia - negara sekutu Syria - minggu ini untuk Sidang Kemuncak G-20 Jumaat ini.
Bagaimanapun cabaran terbesar dan paling berbahaya untuk Obama ialah kemungkinan kredibilitinya tercalar kerana tiada jaminan Kongres akan menyokongnya. 

Malah pemerhati berpendapat Obama mungkin mengalami nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron yang diaibkan di Parlimen minggu lalu. 

Sebelum itu Obama berkata, tentera AS sentiasa bersedia melancarkan serangan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

“Kemampuan kita melaksanakan misi ini tidak dipengaruhi masa, sama ada esok, minggu depan atau sebulan dari sekarang,” katanya. 

Ketika anggota keselamatan meningkatkan pengawasan ke atas warga Syria di AS menjelang detik itu, Damsyik pula mendakwa mereka sentiasa bersedia bertindak balas atas sebarang serangan luar. 

Perdana Menteri Wael al-Halqi berkata, tentera Syria sedia sepenuhnya dan “tangan kami sudah berada di pemicu” untuk menghadapi sebarang keadaan. 
- AFP (myMetro)

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP