Pengantin sejenis ‘berkahwin’ dalam Anugerah Grammy
Tweet
Los Angeles: Anugerah Grammy semalam memberi kejutan lain daripada yang lain apabila turut meraikan 33 pasangan yang dikahwinkan serentak sebagai sebahagian daripada persembahan pada malam itu.
Acara itu berjaya dirahsiakan sehingga waktu yang ditetapkan, iaitu ketika persembahan lagu Same Love oleh Macklemore dan Ryan Lewis bersama Mary Lambert serta Madonna.
Perkahwinan semua pengantin terbabit - yang turut merangkumi pasangan sejenis - dirasmikan Queen Latifah.
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif The Recording Academy Neil Portnow berkata, dia bangga majlis perkahwinan itu berjalan lancar malah menganggapnya cukup bermakna.
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif The Recording Academy Neil Portnow berkata, dia bangga majlis perkahwinan itu berjalan lancar malah menganggapnya cukup bermakna.
ANTARA pasangan pengantin sejenis yang ‘berkahwin’ ketika majlis Anugerah Grammy semalam.
“Banyak idea ditonjolkan dalam majlis anugerah kami adalah hasil idea kreatif artis kami.
“Lagu ini memang istimewa dan menyeru kita bersikap adil serta toleransi,” katanya.
Portnow juga tidak mempedulikan persepsi negatif yang mungkin menganggap anugerah Grammy digunakan untuk mempolitikkan isu tertentu.
“Kami tidak pernah mencampuradukkan anugerah ini dengan politik.
“Majlis malam ini sekadar untuk menyatukan pasangan yang saling mencintai dan mahu hidup bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

- Reuters
Read more...