GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 Mei 2014

Awas ! Rasuah dimana mana,anggota SRS pun mau disogok RM100

Sebanyak 10 pasang kasut curi ini dirampas daripada suspek untuk siasatan lanjut

KEMAMAN – Bimbang diserahkan kepada polis, seorang penganggur cuba menyogok anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Pengkalan Pandan, Chukai yang menahannya kerana mencuri seguni kasut dengan wang tunai RM100 dalam kejadian jam 6 pagi, semalam.

Suspek yang berusia 24 tahun itu dipercayai mencuri kesemua kasut terbabit di kawasan perumahan Bandar Baru Bukit Mentok.

Bagaimanapun perbuatannya terbongkar selepas anggota SRS menahannya di Kampung Pengkalan Pandan ketika suspek sedang menunggang basikal dengan membawa bersama sebuah guni berisi barang.

Anggota SRS berkenaan, Mohd Talib Yahaya, 43, berkata, dia terserempak dengan suspek ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas selesai dari tugasan kawalan kampung.

“Curiga dengan kelakuan suspek, saya bertindak menahannya. Saya tanya barang apa yang dibawanya, dia akhirnya mengaku dalam guni itu terdapat kasut yang dicurinya di Bandar Baru Bukit Mentok.

“Saya kemudiannya periksa guni itu dan dapati terdapat 10 pasang kasut pelbagai jenis di dalamnya termasuk kasut sukan dan kasut kulit,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Talib segera menghubungi anggota SRS yang lain termasuk Pengerusi JKKK Pengkalan Pandan, Mohd Satti Said untuk mendapatkan bantuan.

Mohd Satti yang tiba di lokasi kemudian menghubungi polis Unit Kereta Peronda (MPV) sebelum suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Laporan polis dibuat oleh pihak SRS dan JKKK Pengkalan Pandan di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 8.30 pagi.

Difahamkan hasil ujian air kencing, suspek turut didapati positif dadah.


Sumber Sinar Harian



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP