GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 2 Julai 2014

WANITA INI BANGGA SETELAH MENGAKU DITIDURI 10.000 LELAKI BERBEZA

Gwyneth Montenegro (36), menjalani 15 tahun kehidupannya berkerjaya sebagai seorang pengiring. Selama itu dia mengaku sudah tidur dengan 10,000 lelaki.

Seorang perempuan yang berkerjaya sebagai PR , Gwyneth Montenegro (36), melancarkan buku yang mengisahkan perjalanan kariernya. 

Dalam buku berjudul 10,000 Men and Counting itu, dengan lantang Gwyneth menceritakan kisah hidupnya, termasuk pengakuannya telah tidur dengan 10,000 atau tepatnya 10.091 lelaki sejak dia menjadi escort sejak berusia 21 tahun. 

Dalam bukunya, Gwyneth yang kini telah menjadi seorang usahawan yang berjaya itu menceritakan, dia memulakan hidupnya sebagai seorang anak yang "liar". 

Gwyneth menjadi mangsa rogol pada usia 18 tahun dan menjadi penari erotik pada usia 19 tahun. 

Pada usia 21 tahun, wanita berasal dari Melbourne ini memulakan karier escort-nya yang saat itu masih berkutat di sekitar bandar kelahirannya itu. 

Selanjutnya, wilayah kerja Gwyneth semakin luas ke seluruh Australia dan seluruh dunia yang menghalalkan profesi escort seperti yang dijalaninya. 

Selama menjalani kariernya itu, Gwyneth mengaku menggunakan banyak nama. Bahkan, nama Montenegro diakuinya hanya sekadar nama pena untuk kepentingan penulisan bukunya. 

"Saya pernah menggunakan nama Angelina. Saya ingin mempunyai nama yang lebih seksi dan apa yang lebih baik ketimbang Angelina Jolie," kata Gwyneth. 

Gwyneth berkata, pelanggan utamanya adalah para pekerja kolar putih, termasuk para peguam, ahli politik, dan pemuzik. Di masa puncak kariernya, Gwyneth boleh mendapatkan 500-1.000 dolar atau sekitar Rp 5-10 juta per jam. 

Namun, dalam pekerjaan ini pula, Gwyneth mula berkenalan dengan dadah. "Saya berkenalan dengan kokain saat berusia 20-an dan itu adalah barang kelas atas yang diberi oleh seorang pelanggan jutawan," katanya mengimbas kembali. 

Perkenalannya dengan kokain ini membuatnya ketagihan. Kokain sudah menjadi gaya hidupnya ketika itu. 

Dia sedar gaya hidup seperti itu boleh menghancurkan siapa saja. Inilah yang membuatnya memantapkan diri menuliskan pengalamannya menjadi seorang escort kelas atas. 

"Banyak orang mempunyai persepsi buruk soal profesi ini dan saya ingin mengubah anggapan itu," kata Gwyneth. 

"Saya juga ingin mewakili suara mereka yang ada di dalam industri ini. Sebab, saya hanyalah manusia biasa begitu juga mereka," tambah dia. 

Namun, Gwyneth mengakui sukar untuk melepaskan diri daripada industri yang memberinya pendapatan hingga ribuan ringgit setiap minggu itu. 

"Wang itu tak ubahnya dadah. Wang membuat saya boleh pergi ke mana-mana," lanjut dia sambil menambah bahawa boleh membuat perjalanan ke berbagai belahan dunia membuatnya boleh melupakan sejenak realiti kehidupan yang menjeratnya. 

Meski sepanjang 15 tahun kariernya sebagai escort Gwyneth hampir tak mempunyai pengalaman buruk, dia bertekad tidak akan pernah lagi berkecimpung di dalam profesion itu lagi. 

Salah satu momen yang membuatnya memutuskan berhenti menjadi escort adalah saat dia nyaris tewas dalam sebuah kemalangan lalu lintas beberapa tahun lalu. 

"Saya memandu VW Golf dan mengalami kemalangan. Beruntung saya selamat meski menderita sedikit luka dan lebam," katanya mengimbas kembali. 

Saat terbaring di rumah sakit, Gwyneth akhirnya mengakui profesi dia kepada kedua ibu bapanya. Awalnya ayah dan ibunya mengira Gwyneth bekerja sebagai seorang model. 

Dia juga menceritakan kepada ibu bapanya bagaimana dia menyembunyikan sebahagian besar wang yang diperolehinya sehingga ayah ibunya tidak menaruh curiga. 

"Saya cukup mampu menyembunyikan semuanya, tetapi jauh di dalam hati saya merasa sakit kerana perlu menyimpan rahsia besar itu," kata dia. 

Selepas kemalangan itu, keadaan beransur-ansur bertambah baik, apalagi setelah Gwyneth berjaya meraih lesen pilot pesawat terbang komersial pada usia 29 tahun. 

Namun, kerjayanya sebagai pilot pesawat sewaan berusia pendek selepas dia didiagnosis menderita gagal buah pinggang yang membuatnya tak boleh mempertahankan lesen terbangnya. 

Akibatnya, Gwyneth kembali menerjuni profesi lamanya sebagai escort dan baru berakhir setelah dia bertemu seorang lelaki yang kini menjadi rakan perniagaannya saat ini. Dia hanya menyebut lelaki itu dengan nama Roger. 

Gwyneth kemudian memulakan kursus pengaturcaraan neuro-linguistik dan bersama Roger mula membina sebuah perniagaan baru. 

"Ini seperti ilmu fikiran, seperti sebuah psikologi gaya baru dan ini sangat membantu saya mengatasi pelbagai masalah," kata dia

tribunnews.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP