Wanita Redah Sungai Untuk Bersalin
Tweet
SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung terpaksa berenang meredah sungai di kampungnya sehingga ke sebuah hospital di Bangalore, India untuk bersalin.
Tindakan wanita tersebut, Yellavva Balappa Gaddige yang selamat melahirkan bayi lelaki mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan penduduk di perkampungan atas air di Neelakantarayanagadde.
Perkampungan itu terletak jauh di kawasan pedalaman dan terputus hubungan dengan dunia luar selepas air dilepaskan dari takungan Basava Sagara.
Menurut laporan akhbar Malaysia Nanban, Yellavva berenang selama dua jam sebelum tiba di hospital berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya, Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah dan bayinya sihat dan dilahirkan seberat 4 kilogram.
mStar Online
Read more...
Yellavva (tengah) terpaksa meredah sungai untuk sampai ke sebuah hospital untuk bersalin.