LELAKI MABUK BERPAKAIAN DALAM JADI SUPERMAN
Tweet
Read more...
LELAKI mabuk yang memecah masuk apartmen ditahan polis.
Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam.
Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan.
Katanya, dia menyangka rumah itu kosong.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga.
“Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal saya.
“Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau saya akan menjerit.
“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta berjalan ke tingkap.
“Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital.
Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas tuduhan merompak.
- Agensi