GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 2 November 2014

Pahang menang secara penalti 5-3,Pertahan Trofi Piala Malaysia 2014, Impian JDT Lebur


KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.
Pahang selaku juara bertahan membuka jaringan awal pada minit ke-14 melalui tandukan padu penyerang import, Dickson Nwakaeme selepas menerima hantaran kemas dari Azidan Sarudin.

Juara Piala FA musim ini yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu mempamerkan aksi kemas di bahagian pertahanan malah turut melakukan beberapa serangan menguji penjaga gol JDT, Al-Hafiz.

Namun JDT mula menjumpai rentak permainan selepas  penyerang kelahiran La Roja, Argentina Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan.

Hanya selepas tiga minit jaringan Diaz,24, keadaan stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan penyokong JDT apabila Luciano Figueroa diberi sepakan percuma selepas bola terkena lengan pemain Pahang.

Figueroa meledak gol kedua Harimau Selatan dengan sepakan penalti sempurna menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Khairul Azhan.

Bersambung ke babak kedua permainan, peluang JDT untuk menambah gol gagal dimanfaatkan oleh Figueroa yang berlari secara solo sebelum melepaskan sepakan yang terkena tiang.

Pada minit ke-68 keadaan sedikit ‘panas’ apabila pemain Pahang Saifulnizam dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Namun tiga minit selepas insiden tersebut,  Nwakaeme (71’) berjaya menyamakan kedudukan dengan gol keduanya sekaligus meredakan sedikit  kemarahan penyokong-penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah itu.

Jaringan penyamaan Nwakaeme itu menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.

Bagaimanapun kelebihan JDT menentang 10 pemain gagal dimanfaatkan sehingga penentuan terakhir melalui sepakan penalti dan berpihak kepada Pahang.

SENARAI PEMAIN:

Johor DT: Al-Hafiz Hamzah (PG), Mahali Jasuli,, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Shakir Shaari,Safiq Rahim (k),Jasazrin Jamaludin,Amri Yahya,Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa

Jurulatih: Bojan Hodak

Pahang: Khairul Azhan (PG), Saifulnizam Miswan, Damion Steward, Razman Roslan (K), Shahrizan Salleh, Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, Faizol Hussain, R.Gopinathan, Matias Conti, Dickson Nwakaeme

Jurulatih: Zainal Abidin Hassan
mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP