GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 Oktober 2013

Facebook kini sumber baharu berita

WASHINGTON 28 Okt. - Facebook kini menjadi sumber berita penting kepada pengguna rangkaian media sosial itu, meskipun kebanyakan pengguna terbaca artikel berbentuk laporan berita secara tidak sengaja.

Pusat Penyelidikan Pew yang bekerjasama dengan Yayasan Knight mendapati, 64 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat (AS) menggunakan Facebook dengan separuh daripadanya memperolehi berita daripada media sosial itu.

Menurut Pew, ini menunjukkan 'pengguna berita Facebook' ialah 30 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat AS.

Namun, tinjauan itu mendapati, 78 peratus daripada kumpulan tersebut kebanyakannya memperolehi berita ketika melayari Facebook untuk tujuan lain seperti memeriksa gambar yang dikongsi oleh rakan.

"Orang ramai melayari Facebook untuk berkongsi peristiwa peribadi dan kemudiannya menemui berita secara tidak sengaja.

"Bagaimanapun, laman Facebook yang tidak boleh dipisahkan dengan berita akan meningkatkan kepentingan laman tersebut sebagai sumber berita dan maklumat," kata Pengarah bagi Penyelidikan Kewartawanan Pew, Amy Mitchell.

Kira-kira 38 peratus pengguna berita Fecebook turut menyifatkan media sosial itu sebagai penting untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Kajian turut mendapati, Facebook menyalurkan berita baharu kepada orang ramai melalui perkongsian pautan daripada rakan.

Tinjauan itu melibatkan 5,173 pengguna di AS, termasuk 3,268 orang dari 21 Ogos hingga 2 September lalu.

 - AFP

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP