GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 16 Mei 2010

Pagi minggu yang tenang ( sembang lumat )

Bangun saja dari tidur Encik Topik deras ke dapur akibat perut dah mula mencerut cerut ( lapar ).. selak Sangai ( tudung Saji ) hanya terdapat 4 ketul cengkodok dah separuh jag air kopi yang sudah separa sejuk..

'' Mana bini koi ni..tak tau ke koi dah lapor sangat ni ..cengkodok ni agok tak cukup'' ..berkata rupanya hati Encik Topik ni..

Dengan memakai kain pelikat senget yang bersimpul besar beliau menjengah dari pintu pagar untuk memerhatikan Puan Rodziah isteri beliau kot kot ada sedang lepak lepak bersama sama ahli mesyuarat bersekutu di Taman perumahan tersebut..

'' Ami..pergi panggil emok suruh balik dan nah amik duit ni beli mee Sedaap 4 bungkus '' kata Encik Topik kepada anak beliau yang sedang leka bermain Games katak kat laptop Encik Topik..

'' Kuat aboh nak makan yerk sampai 4 bungkus '' kata Amirul sambil mengambil duit daripada Encik Topik sambil berkira kira keuntungan duit baki yang tidak akan sampai kembali kepada aboh beliau itu..

Sekembali Amirul dari kedai..

'' Mana emok aok..tak nak balik ke..aok masak air lepas te rendang me tu aboh nak makan '' Arahan Encik Topik kepada Amirul anak beliau itu..

'' Emok duk nyembang bawah pokok mempelam tepi kedai tu aboh '' jawab Amirul..

'' Laa raban betul ..tak boleh jumpa rodong mula lah nyembang..ntah benda lah tu..aok dengor ke apa Emok aok nyembang dengan rodong rodong beliau itu '' tanya Encik Topik kepada Amirul..

'' Kisoh Badminton hok Malaysia kaloh kemarin boh..dah tu ada juga masuk bab baju merah kat Thailand sana boh..lepas te kisah serbuan kat sebuah rumah urut dibandar kita ni semalam boh '' jawab Amirul dengan petah..

Dalam pada itu fikiran Encik Topik sempat melayang layang..tidak mudah lah wanita sekarang dengan isu semasa yang cepat lagi jitu memperkatakan sesuatu isu..dan beliau pelik juga dengan Amirul begitu peka sempat lagi mendengar sembang sembang Puan Rodziah bersama rodong rodong beliau itu..

*** Kini Puan Rodziah sudah memiliki laman facebook dan tweeter pula.. maka siang malam lah beliau akan bertweet twett..``

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Maiyah 16 Mei 2010 pada 3:14 PTG  

ngeh.. ngeh, peka tu ngan isu semasa..

Aida Ali 16 Mei 2010 pada 4:39 PTG  

Hidup Pn. Rodziah. Tak lama lagi bolehlah jadi Ketua Cawangan...

Aku Anak Pahang 16 Mei 2010 pada 5:39 PTG  

Sian ker en topik nape laa tak gi beli mee goreng mamak aje..hehehe..

Guru 16 Mei 2010 pada 10:25 PTG  

boleh masuk bertanding lepas ni, si Pn Rodziah

zulkbo 16 Mei 2010 pada 11:16 PTG  

salam syed..
ka ka ka..hebat kak rodziah
ler ni yek?hu hu

mazru 17 Mei 2010 pada 1:47 PG  

hebat-hebat jugek topik yg di bualnye te weh,kesia topik makan mi sedat aje yak.

sahromnasrudin 17 Mei 2010 pada 8:46 PG  

bole jadi pegawai khas shahrizat nie..infonya pelbagai...

Yunus Badawi 17 Mei 2010 pada 9:09 PG  

Hidup Pn Rodziah. Lepas ni boleh jadi adikong rosmah hehehe

Nerzhul 17 Mei 2010 pada 11:00 PG  

bangun tido dah melohor hari memang la rezeki payoh. itu tinggal 4 ketul cengkodok bersama kopi sejuk. hahaaha

a.z.r.i.n.a.03.07 17 Mei 2010 pada 5:41 PTG  

upto date Mak Cik Rodziah yea...



*teringat kat mak mertua bila baca dialek aok ni.. hehe..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP