GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 29 Disember 2010

100,000 banjiri Gelora Bung Karno sejak tengah hari



JAKARTA 29 Dis. - Hampir 100,000 rakyat Indonesia membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini seawal pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) untuk memberi sokongan pada skuad Garuda.

Biarpun perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad tuan rumah dan Malaysia hanya akan bermula pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) namun suasana di sini sehingga pukul 2.30 petang cukup meriah dengan kehadiran segenap lapisan usia peminat fanatik bola sepak negara ini.

Dijangkakan seramai 200,000 warga bandar raya ini akan hadir menjelang pukul 7 malam ini untuk memberi sokongan pada perlawanan yang akan menyaksikan pasukan mana yang akan membawa pulang trofi juara Piala Suzuki AFF musim ini.

Di perkarangan stadium yang boleh memuatkan kapasiti 80,000 penonton ini, warna merah dan putih (warna jersi pasukan Indonesia) melatari suasana selain hiruk pikuk beratus penjaja yang mengambil kesempatan mencari duit lebih.

Seperti yang dilaporkan, kerajaan negara ini turut mengerahkan 9,000 anggota polis untuk mengawal keadaan dan keselamatan para peminat bola sepak. - Utusan

*** Akan berada di skrin besar Lot 702 atau Inderapura Futsal Center atau pun korner..tidak pun dekat belakang pejabat pos..

8 Merujuk kepada perkara diatas :

Mak Su 29 Disember 2010 pada 5:29 PTG  

wow! harap2 malaysia menang ini malam ya pak. eh! hi hi hi

Admin 29 Disember 2010 pada 5:31 PTG  

moh kite turun semua cari skrin besor...hok kecik2 tak bestt.....hujan pulok...

eelobor 29 Disember 2010 pada 5:49 PTG  

kawan juga bersedih tak leh tengok walau dalam tv. deme tulong tgk utk kawan & jgn lupa update yer

LynnAiza 29 Disember 2010 pada 5:57 PTG  

omaigadd..ramai bener siyh..hahhaha..#lovemalaysia

azman JINKAMEN 29 Disember 2010 pada 6:34 PTG  

salam..
koi nengok kat jengka le nampaknye..sib baik ada tv 2 bijik..dan sib baik gak bola kat tv1 bukan astro

Tanpa Nama ,  29 Disember 2010 pada 7:37 PTG  

tu dia...punyalah ramai

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP