Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’
TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.
"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap, media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.
"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,” katanya. - Bernama
*** Kena tukar juga ni !..
12 Merujuk kepada perkara diatas :
alamak3..
huhu mohon ampun..
trlpas pndang..
Sekadar nama dan gelaran aje kut.. yalah kut tak sedap bunyinya jadi tak best juga.
rasanya banyak juga lah nak kana tukar kut. nama2 jalan, nama2 sekolah yang guna nama penjajah dulu2 dan byk lg rasanya kena ubah nak sesuaikan dengan 1 Malaysia
malaya tu deme rasa x masuk sabah kot
tukar jd harimau belang ok jugak
salam..
pulaks..
agaknya tukar nama
SAKA RIMAU suka la
deme tu..
kesian nant kita tukar nama harimau malayass ,,huhuh ss-sabah/sarawak..
laa.. macam2 dorang ni...
orang muda tak berbunyi pun, orang politik Sabah je yang menyibuk
bagi uncle nama Harimau Malaya sudah menjadi tag untuk pasukan..sangat-sangat sesuai .. melambangkan kegagahan. kegarangan...kemachoan...depa sibuk-sibuk pesal...nak gunakan alasan 1 malaysia ..padahal nama Malaya hanya nama semata-mata..
macam-macam lah kalau politikus dok masuk kacau celah kain nih ..
huhuu sekadar pendapat uncle..kalau hang tuan di ubah ke hang buah agak2 best tak namanya?
aku sokong. org polotik jer yg ungkit pekera ni.
klau harimau malaysia cam nma umum untuk menunjukkan harimau itu dari malaysia. sesuai ker untuk pasukan bola yg manusia sertainya. cgu bm tolong betulkan
ada beberapa komen saya x suka sikit dalam ni, xpa la.
saya org sabah, saya sendiri x ambil berat mengenai nama team malaysia ni. Macam bodoh lah, sapa lah yang ajukan isu ni.
tapi yang saya kisah, bila host rancangan tv/radio, iklan, etc.. "terbuka seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak".
bukan sekali, bukan dua kali..bukan media swasta, rtm...aiyo!
Catat Ulasan