GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 25 Disember 2010

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Sumber myMetro ..

*** Apa sudah jadi..mana punya Style di bawa ni..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 25 Disember 2010 pada 9:35 PG  

astaghfirullah..
naluri mak tu yg kte kagum~

Dyna Yvonne 25 Disember 2010 pada 9:55 PG  

mcm2 lah.budak2 skarang pon mmg berani sangat.

Dr Zaira 25 Disember 2010 pada 10:03 PG  

tu la... kalau budak2 skarang nak kawin sangat, supposedly mak ayah bagi je la kawin...

bagi diorang rasa mcmane kehidupan lepas kawin. nanti baru diorang tau mcmane azabnye.

ni kalau biar2 ni, kejap lagi tiba2 pregnant baru mak ayah terhegeh2 nak kawinkan anak tu.

masa tu mana ada orang nak dah?? melainkan lelaki tu tak kisah nak kat perempuan dah ditebuk tupai.

Tanpa Nama ,  25 Disember 2010 pada 10:26 PG  

senang2 je mintak maaf

kak ct ,  25 Disember 2010 pada 10:37 PG  

salam kenal...

entah le bebudak skrg..

Aku Anak Pahang 25 Disember 2010 pada 10:37 PG  

Dunia semakin kacau "anu" bagai bender sudah tidak berharga lagi. :(

arizWanmerahs 25 Disember 2010 pada 11:47 PG  

kepada para ibubapa, Jika anak2 remaja ni minta kawin, kawinkan aje lah daripada tertangkap basah camni.. buat malu jer..

Aryan Aryad 4 Julai 2011 pada 12:53 PTG  

boleh tahan berani dorang..mak ayah ade kat rumah pun sempat wat projek lagi..2 lah bagi bebas sgt ank berkawan gan org lain..xnk pantau..
anak pempuan jgn bagi kuar sgt.biarlah dorang nk anggap kite ibu bapa yg mengongkong ke ape..yg penting maruah mereka n kite terjaga...
bak kate pepatah lembu seladang senang dijaga daripada anak dara seorg...erm...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP