GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Disember 2010

Telefon bimbit paling lasak


* WALAUPUN dilanggar tayar kereta, telefon bimbit JCB Toughphone Sitemaster masih boleh digunakan.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak. - Agensi

*** Nah ini dia ! ..jika hendphone selalu di bawa masuk kebilik air untuk mengelakan di cerobohi oleh pihak tertentu..jika terjatuh dalam besen sekali pun masih boleh di gunakan..

Begitu juga jika pergaduhan yang melibatkan suami isteri pastinya hendphone juga menjadi mangsa.. di baling ke dinding sudah pasti tidak akan mengalami kerosakan..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 14 Disember 2010 pada 11:52 PG  

bagus tepon ni, leh buat permainan dalam sukan olimpik

zetty 14 Disember 2010 pada 12:03 PTG  

pe lg en.relevan...cepat2 laa beli hp nie..hehehe

Tanpa Nama ,  14 Disember 2010 pada 12:20 PTG  

salam

hehe kira henfon 'multipurpose' ler nih? ~

Mak Su 14 Disember 2010 pada 12:46 PTG  

ish ish ish, nak buat apa telefon kebal cenggitu ek?

Aku Anak Pahang 14 Disember 2010 pada 12:53 PTG  

Boleh cari sebutir ni, kalau nak marah boleh hampas kedinding yak :)

saharul 14 Disember 2010 pada 12:59 PTG  

salam..

kalo bawok ke dlm air, gone gamoknyer?..

Redz da Tsar 14 Disember 2010 pada 1:36 PTG  

Koi ade jugak telefon lasok.. Bukan jenih nie la..

Koi punye Motorola tah ape jenis koi tak ingat.. tapi mase koi pecut motor, banteinye jatuh, tapi steady boleh guna... Cuma calor sket kat skrin

Telefon baru koi, mberendam dalam salji, masih boleh pakai sampai sekarang.. haha. Jatuh tok tau la berapa kali doh...

Kira lasok dok tue?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP