GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Disember 2010

Wanita ditikam enggan beri nombor telefon


KUANTAN - Seorang wanita cedera dipeha dan lengan kiri selepas ditikam bekas teman lelakinya di simpang jalan kawasan Bandar Jengka, Maran dekat sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritenden Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika kejadian pukul 9.30 pagi semalam itu, suspek, 28, telah pergi menemui mangsa, 23, di sebuah kedai makan.

"Ketika itu, mangsa, seorang jurujual baru keluar dari kedai makan sebelum bekas teman lelakinya datang dan meminta nombor telefon baru mangsa.

"Mangsa enggan beri dan terus ke motosikal sebelum beredar dari situ. Lelaki berkenaan kemudiannya mengekori mangsa sebelum tiba di simpang jalan kawasan Bandar Jengka berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka kemudianya terus bertekak sebelum suspek bertindak mengeluarkan pisau dan menikam mangsa di bahagian peha dan lengan kiri.

Noor Asyikin berkata, mangsa kemudiannya meminta suspek membawanya ke hospital. - Bernama..

*** Kenapa yer boleh jadi macam ini..tak dapat nombor hendphone sampai boleh bertikam tikam pasal..sepatutnya bekas teman lelaki mangsa itu tak payah nak susah susah..cari saja awek lain..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Cikbelog 16 Disember 2010 pada 5:55 PTG  

sanggup buat camtu semata-mata nak nombor telefon..hiskk manusia zaman sekarang dah dikawal oleh nafsu

Aku Anak Pahang 16 Disember 2010 pada 6:30 PTG  

Kawan bimbang kalau dah dpt nombor handpon tikam lagi kuat err..macam hal :(

eelobor 16 Disember 2010 pada 6:46 PTG  

pengajaran...lain kali beri no fon balai polis. hihihihi

saharul 16 Disember 2010 pada 8:13 PTG  

koi setuju ngan aok rodong...cari je awek baru...

ILA HonEyBuNNy 16 Disember 2010 pada 10:10 PTG  

aduss....takut la pulak dengar kisah neh...

sahromnasrudin 17 Disember 2010 pada 8:47 PG  

sy ingat dia tikam lidah je huhuhuh

Sharinginfoz 19 Disember 2010 pada 7:54 PG  

memang giler betul dunia sekarang ni

Tanpa Nama ,  4 Januari 2011 pada 6:16 PTG  

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP