GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 Januari 2011

Bekalan minyak masak pulih sepenuhnya minggu depan

BERA 15 Jan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

Beliau berkata, pengilang dan pembekal telah diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.

"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di sini.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.

Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti. – Bernama..

*** KOme tak buat pembelian panik Datuk Seri ..kome beli sejabir jer..



11 Merujuk kepada perkara diatas :

2ury 15 Januari 2011 pada 5:47 PTG  

Jangan pula kata, bekalan akan mencukup bila harga dinaikkan..

imHepPie 15 Januari 2011 pada 6:23 PTG  

alahhhh..bru nak diet minyak xde haha,,,ni xle diet la

terokai seni 15 Januari 2011 pada 7:28 PTG  

doh abih segala minyok hok mehei baru nok kluo balik minyok subsidi... deme doh untung dulu

mdhafiz 15 Januari 2011 pada 8:23 PTG  

jangan aku yg naik minyak sudah gara2 barang semua naik.. :)

azman JINKAMEN 15 Januari 2011 pada 8:36 PTG  

salam
koi baru beli 2 jabe untuk cover sebuln punye

hai 15 Januari 2011 pada 9:42 PTG  

mgkn dah berkira2 masa yang sesuai untuk naikkan rega!!!

eelobor 15 Januari 2011 pada 9:45 PTG  

hehehe....mcm mana la kedai makan mencari stok bila jadi gini kan?

abadi romeo 15 Januari 2011 pada 10:02 PTG  

malu kat dunia luar bilamana sebuah negara pengeksport sawit kekurangan minyak masak...

Aku Anak Pahang 15 Januari 2011 pada 10:43 PTG  

Nak kata apa kita rakyat nie diam aje.. huhuhu..buatlah apa yang patut.. jangan sampai rakyat "naik minyak" sudah.

Nizam Awang Brahim 16 Januari 2011 pada 7:51 PG  

Bekalan je pulih.Kit nye rege tak pulih2.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP