GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 Januari 2011

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.

“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.

“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - Utusan

*** Penyakit ni..orang kencing pun nak rakam..

11 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 10 Januari 2011 pada 8:39 PTG  

kesian dia..kene bawak berubat ni, hehhehe :)

Aku Anak Pahang 10 Januari 2011 pada 8:54 PTG  

Kena mandi air taik ayam, jampi berjin kawan rasa ok laa kut budak tu :)

optionshift3 10 Januari 2011 pada 8:55 PTG  

Karut budak nie...orang buang air pon nak tengok..apa cerita?

Nizam Awang Brahim 10 Januari 2011 pada 11:54 PTG  

Tahap kronik ni.Patut duduk kat ICU dah.

zulkbo 11 Januari 2011 pada 12:01 PG  

salam..
sakit otak
gamaknya si pencuri
gambar orang berak tu..?

eelobor 11 Januari 2011 pada 12:06 PG  

hahahaha, memang sah penyakit. baik ubat dulu baru hukum

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP