Pemilik Bugatti isi minyak RM932
Di sebuah warung kopi belakang pejabat Pos..di situ kelihatan encik Topik dan Rosli Ghani sedang minum tea sementara menunggu waktu masuk kerja..sambil membaca suratkhabar dan mengupas isu isu semasa..suratkhabar yang di sediakan oleh pemilik warung itu..dapatlah mereka membaca dengan percuma..
'' Pemilik kereta mewah di London sekali isi minyak RM932 ''...kata encik Topik sambil menarik asap rokoknya dalam dalam..
'' Kereta jenama apa ''..tanya Rosli Ghani
'' Buggati.. 1 liter untuk 3.2 KM ''..kata encik Topik..
'' Bak minjam RM2 ''..kata Rosli Ghani...
'' Nak buat benda? ''..tanya encik Topik...
'' Nak bubuh minyak untuk Bugatti koi pula ''..jawab Rosli Ghani sambil menunjukkan motor Yamaha Y80 kesayangan nya..
Jauh di sudut hati encik Topik mula berkata ..ini yang payah nya jika pandai pandai membuka isu tentang kenderaan dan juga pengisian minyak...
* SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.
LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi
* Sumber koSmo..
* Nak tau apa cerita dengan Milo ni ketik ( siNi )
17 Merujuk kepada perkara diatas :
bugati..ok masuk lam hantaran buley?? hahahahahah...mufliss terossss
perggh manYak tu bro..
hehehe.. kalO bg kat
adek duet tu perghh
besh2.. ngeeee
kat britain harga minyak mengikut pasaran semasa, maka nanti jiran en.topik cakap,
"tak ape sebab mereka tak keluar minyak sendiri"
jiran en.topik: geleng2 jer....
perghh! bole mati klu camtuh!
mak aiiii....naik proton je la
Singgah ker kita ngisi minyak macam nie boleh kiyok :(
Koi naik kete sorong aboh koi je.. hahhaha
Mak ai...tak mampu den...
Pelajar dibunuh kejam, ditanam belakang rumah
ish baik naik beskal... gaji sebulan habis buh minyak sehari ja....kalau macam ni....
punyala Mahal..... tak mampu la aku
Gilalah..kaya betul..kalo saya tu minyak untuk 5 bulan..
oomangaiiii!!! T_T
kereta mahal minyak pun kena mahal kan
mampeh gini!hak3....
salam
tu orang kata besar periuk besarlah keraknye...
salam..
minyak mahei di sana
sebab tu keta murah
di sini kita kira untung
minyak bawah RM 3
harga kereta pon lebih 5 juta kot..so tak yah nak heran la isi minyak smpi dekat seribu ringgit..huhu
Catat Ulasan