Pengawal keselamatan terima gaji baru akhir bulan ini
KUALA LUMPUR, 12 Jan. - Lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan di negara ini dijangka menerima gaji minimum RM700 pada hujung bulan ini.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, kerajaan tidak berganjak daripada keputusan bahawa pelaksanaan gaji minimum itu adalah pada 1 Januari lepas.
Jika ada pengawal keselamatan tidak menerima gaji baru pada 31 Januari ini, mereka harus bertanya kepada majikan dan membuat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran sekiranya masih tidak ada perubahan selepas itu, katanya di sini hari ini.
Sheikh Yahya berkata, jabatan itu telah berjumpa dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia bagi menjelaskan keputusan kerajaan tersebut.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan tersebut yang seiring dengan salah satu resolusi yang dibuat mereka pada persidangan bulan lepas. - Bernama
*** Bagus.. '' Boleh mohon kerja pengawal keselamatan part time ni ''...
11 Merujuk kepada perkara diatas :
Aok jangan mintak pegawal keselamatan bank atau kedai emas, bahaya... mintaklah pegawai keselamatan hostel jururawat...
besok meeting bersama PPKKM.. penentuan kadar gaji baru.
mintak applicatiOn fOrm satu...!!!
Gaji kita juga ditakuk lama barang makin mehel huhuhu....
salam..
roger and out!
behh la gaji naik yak?
koi dah 10 tahun tak naik
nih..
bagus lah tu walaupun sepatutnya dah lama di buat
mudah-mudahan gaji naiklah. banyak jugak rungutan.
Latest Entri :
Tidak! Rambutku Dah Beruban
salam..
Setuju sangat gaji mereka dinaikkan..
baguslah mereka perlu gaji yang lebih tinggi
brO..nak mohon gak ar
part time jaga
ngeeee..adeh sonok ar
pgwl skang rezeki mereke
pulak kan huhu
Gaji naik... kualiti perkhidmatan pun harus ditingkatkan.... uniform pun pakai bagi kemas...pengambilan pengawal keselamatan biarlah bebas dari rekod jenayah, tidam minum minuman keras dan bukan penagih....
Catat Ulasan