GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 13 Januari 2011

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil..

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama

* Sumber terkini Utusan

*** Awas..jangan jadi penonton kepada kemalangan..kalu berhenti tolong ada juga faedahnya..ini duk tengok sahaja..


9 Merujuk kepada perkara diatas :

azman JINKAMEN 13 Januari 2011 pada 8:19 PTG  

salam
tapi koi nok juge tau sape yang xcdent..ntah member ke,sedara ke..hehehe..kale tok tengok tak puas hati jadinye..hehehe

endiem 13 Januari 2011 pada 8:39 PTG  

berenti nak tengok .. mana tahu rodong rodong atau sedara mara..

Aku Anak Pahang 13 Januari 2011 pada 8:42 PTG  

Btul kabor dek endiem te.. keknya kawan ttp serum nengok :(

Tanpa Nama ,  13 Januari 2011 pada 9:20 PTG  

ia la.. mana la tau sedara mara ker.

eelobor 13 Januari 2011 pada 9:56 PTG  

keprihatinan tak bertempat. tak sedar orang belakang dok sumpah seranh berbakul2. sebab itu la hidup tak berkat sebab selalu kena sumpah seranah

Afzainizam 14 Januari 2011 pada 12:42 PG  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”

EEEMMMM tak ade kerja nak saman menyaman ....

tengok aje bukan buat apa-ape pun....


heran-heran...

iniialahaku 14 Januari 2011 pada 12:45 PG  

berenti klu nk tlg xpala..n pkat dok nymbang ckap yg bukan2 pasal org tu la slah..dia ni la slah..last org yg xcdnt 2 mrgkak cndri kuar..

zulkbo 14 Januari 2011 pada 1:01 PG  

salam..
nak saman pun kena
halusi bebaik juga..
takut lepas ni,orang
belanggar sema buat bodo
je..kena pulak pengarah
JJR tu..ermmm..sendiri
mau ingatlah...

Hairun Azmi 14 Januari 2011 pada 7:47 PG  

Kaki nombor ekor mungkin tidak menyukai kenyataan dari JKJR ini...

Cas bateri dengan berjalan kaki

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP