Semua kenderaan wajib dipasang beg udara tahun depan
Terkini Utusan Online
RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama
1. Berapa pula harga nya beg udara ni yer..
2. Kereta yang berumur 25 tahun ke atas kena pasang juga lah beg udara ni yer..
3. Tentu tak ada diskaun bagi mereka mereka yang berpendapatan rendah untuk memasang beg udara ni yer..
4. Sungguh untung Syarikat yang mengeluarkan beg udara ni yer..
5. Dan..polis serta JPJ akan menyediakan satu lagi jenis saman..iaitu saman tiada pemasangan beg udara..
14 Merujuk kepada perkara diatas :
wah2.. siap ade saman untuk yg tidak memasang beg udara ekh bro gile dahsyat hehe ;)
Satu lagi kos yang perlu di tanggung oleh pengguna..
RM 200 juta untuk seragam harga barang luar bandar
Sakit rakyat yang memiliki kereta tua macam kawan nei :)
salam..
mudah la kala
kita nak makan
ANGIN yak..tekan
je keluar udara
he he..maruuu..
la la la..
skang nie trend kereta terbakar.sepatutnya pengeluar kereta dah siap2 pasang benda ni.
kalau naik moto nk letak air bag kat ne? helmet? wakakakakak... anat fllwo akmu smula
mmg bagus utk keselamtan tapi ia pasti membebankan rakyat. apatah lagi dicampur dgn kenaikan itu dan ini.
Kerete burok macam koi nok kene juge ke.Raban la dah....
rakyat Malaysia ni buat la undang2
macam mana sekalipun..selagi kesedaran sivik tak de...hampeh...
tak percaya..tanya polis trafiq...
selamat xdak kereta lagi..ehheh
macam-macam da..tapi kalau untuk nyawa...berhabis duit pun xpa..
ni nak sokong ke tak ni...?
di samping dapat melindungi nyawa ia juga "mengkayakan" pembekal....
kalo moto ade beg udare susah gak erk
Catat Ulasan