GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 7 Januari 2011

Telefon selular tidak boleh sebabkan barah


Baru baru ini memang ada berita menyatakan bahawa telefon selular boleh menyebabkan barah otak..kini WHO mengesahkan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan pengunaan telefon bimbit..

Jadi selamat lah kita menggunakan telefon selular ini..

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak kerana ia tidak kaitan antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, frekuensi elektromagnet dari telefon selular itu berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

"Ini berikutan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun ini yang mengesahkan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad di Dewan Negara hari ini.

Mohd. Khalid mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan telefon selular boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pengguna.

Joseph berkata, frekuensi elektromagnet telefon selular adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di dalam badan manusia.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga tidak menerima sebarang kes melibatkan penggunaan telefon selular dan impaknya terhadap risiko barah otak setakat ini.

"Bagaimanapun, SKMM menerima 43 aduan mengenai gangguan frekuensi yang berpunca daripada menara telekomunikasi dan tindakan sudah diambil ke atas semua aduan," katanya..

*** Selalu berdengung dan panas telinga saja..jika selalu SMS mungkin nanti jari akan menjadi kontot pula ''..haha!

11 Merujuk kepada perkara diatas :

::FAIZ:: 7 Januari 2011 pada 12:59 PTG  

aku jarang nak bergayut lelama, sbb panas telinga. takut pekak plak nanti... haha

Tanpa Nama ,  7 Januari 2011 pada 1:16 PTG  

alhamdulilah..baru jer ingat taknak pakai hp di tahun 2011 ni..heheh!

eelobor 7 Januari 2011 pada 2:28 PTG  

bila bercakap sambil caj bateri, panas jer telinga. biasa terjadi bila bateri dah kondem atau bergayut ngan "aweqs" berjam2 lamanya....

ILA HonEyBuNNy 7 Januari 2011 pada 2:44 PTG  

ala...xnak la jari kontot....heehhe

Aku Anak Pahang 7 Januari 2011 pada 4:23 PTG  

Kadang ada juga fakta yang tak boleh dipakai yak :) New Entry "Lesen Encik!"

sitinaminah02 7 Januari 2011 pada 4:59 PTG  

grrr.. kalo taip entri panjang2 pn, nanti jari jadi kontot gak. hahaha

sukaxplo 7 Januari 2011 pada 6:06 PTG  

semuanya ada kesan sampingan tapi jangka masa panjang...makan ubat klinik pong sama

ummu 8 Januari 2011 pada 2:20 PG  

assalamualaikum tuan
risau juga masa mula2 tahu akan desas desus ni.
anyway, teknologi itu penting,kan?
kalau takde hp susah juga..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP