TH bakal umum kadar dividen ‘memberangsangkan’
PUTRAJAYA, 11 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjangka pendeposit Tabung Haji (TH) akan menerima kadar dividen yang ‘memberangsangkan’ bagi tahun kewangan 2010.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan keuntungan RM1.5 bilion yang dicatat Tabung Haji sepanjang tahun lepas.
"Kita sedang melihat dan mencongak, dan kita akan umumkan tidak lewat dari hujung Januari ini. Kita tentunya mengharapkan (kadar dividen) lebih tinggi tapi ia amat bergantung kepada keputusan akhir mesyuarat (Lembaga Pengarah) nanti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tahun lepas Tabung Haji mengumumkan bonus lima peratus untuk tahun kewangan 2009 yang diterima oleh 5.1 juta pendepositnya.
Mengulas perkembangan berbeza, Jamil Khir berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk meningkatkan had umur kelayakan automatik menunaikan haji daripada 75 tahun sekarang kepada 65 atau 70 tahun, bagi memberi peluang mereka yang lebih muda menunaikan ibadat itu. - Bernama
Pada satu petang jam pukul 0245..
'' Nak pergi mana tergesa gesa ni ''..tanya Rosli Ghani kepada encik Topik..
'' Tabung Haji..nak masukkan duit ''..jawab encik Topik ringkas..
'' Uiks..tengah tengah bulan begini nak masukan duit yer? ''..kata lagi Rosli Ghani..
Encik Topik terus bergegas pergi..dalam poket ada rm13..nasib juga menabung secara potongan gaji melalui Tabung Haji..boleh juga buat lepas sesak bila situasi begini..
*** Selalu keluar masuk Tabung Haji..keluar duit masuk duit keluar dan masuk duit..selalu banyak keluar dari masuk.. haha!
11 Merujuk kepada perkara diatas :
baru je kuarkan duit..rugi la plak heheehhe
Waa...bagusnye 'Abang Haji' bagi dividen byk thn ni..rega kape sawit naik kan,byk la untung gamoknyer..
untung sape ada duit byk dalam tu kome tak dan makan dividen :(
Kalau diambil kira baki terendah bulanan lagi baik.
Masa kerja makan gaji dulu ada buat potongan bulanan. Skrg dah takde lagi huhuhu
penah buka akaun tabung haji masa skolah rendah dlu, tapi tak penah simpan duit. haha
salam.,,
mane ntah hilang buku tabung haji koii..
ruginya kawan takde duit dalam TH
salam..
boleh ke mekah dah ni
moleklah mulakan kursus
haji nye yak..?
Salam..
saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..
untung la kalo dah ada saving dlm TH. saya blm ada lg...
Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.
happy blogging :-D
regards,
BLADE EDGE
dividen naik, belanja aji lagi baikkk
tabung haji tiap2 tahun dividen memang tinggi juga selalu kan?
P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!
Catat Ulasan