Wang dalam kereta lesap
KOTA KINABALU: Seorang peniaga berputih mata apabila wang sejumlah RM107,000 yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham lesap selepas keretanya dipecah dalam kejadian di tempat letak kereta pekan Inanam, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang, di mana mangsa berusia 54 tahun berada di sebuah bank atas urusan membeli kereta baru sementara keretanya diletakkan di kawasan kejadian.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah bank di pekan terbabit dan mengeluarkan wang RM200,000 untuk membeli kereta dan saham.
Sebaik tiba tempat kejadian, mangsa membawa bersama wang sejumlah RM93,000 untuk membeli kereta manakala bakinya RM107,000 ditinggalkan dalam kenderaan miliknya.
Sebaik urusan selesai, mangsa kembali semula ke keretanya namun terkejut apabila mendapati cermin pintu pemandu pecah.
Mangsa cuba mencari beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan terkejut mendapati ia hilang.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memecahkan tingkap di tempat duduk pemandu sebelum melarikan beg berisi wang tunai.
“Mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati kaca bertaburan sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati beg terbabit hilang,” katanya.
Ahmad Sofi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi talian 088-242111..
*** Ini kes macam sudah menempah..sepatutnya bawa semua wang tersebut kemana mana jangan ditinggalkan dalam kereta walau pun 5 sen..
8 Merujuk kepada perkara diatas :
pernah terjadi pada ayah seorang rakan beberapa tahun dahulu. mungkin nilainya tidak banyak mana berbanding seperti KK. tapi bagi kawan RM43k sudah banyak. namun ringkas jer jwpn tiada, mungkin itu tak de rezeki dia. Dan Allah menarik kembali rezeki atas sebab2 tertentu.
modus operandi hampir sama iaitu dalam kereta, cumo di bengkel kereta nak tukar tayar (setelah di pancitkan?)
Macam-macam cara sekarang..tapi rompakan macam tu stail lama...mengapa masih ada yg simpan duit banyak bawah kereta? Berat kot!
pencuri tu dah attack dia dari bank lagi kot..
salam..
kekadang kalau keluar duit kat ATM pon kita kene alert gak ngan orang-orang sekeliling/dalam bilik atm machine tu...mungkin seorang duduk dalam tu akan sms/call/roger kat member kat luar mana sorang yang keluar duit banyak
koi orang tak berduit tak risau sangat..:)
SALAM,
DUIT BANYAK TU ! KALAU LF, NAK BAWA SEBANYAK ITU KENA PAKAI PENGAWAL !
waduhh...banyak nya lesap.....putih mata la..heheh
dua ratus ribu ...
Koi rasa ada orang perati pergerakan dia nie...
Jepun Vs Melayu
Catat Ulasan