GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 16 Januari 2011

Yuran sekolah perlu dimansuhkan - GMPP

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika.

"Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya. - Bernama


*** Tiap tiap tahun mesti ada cerita begini..bagi kawan anak nak kesekolah..bayar sahaja asal berpatutan..




12 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 16 Januari 2011 pada 5:36 PTG  

hapuskan semua, yuran sekolah, yuran periksa, yuran PIBG. hihihih

kat singapore di berinya IPAD untuk murid. perghhh.....sama ker macam laptop 1 malaysia tuh?

Tanpa Nama ,  16 Januari 2011 pada 5:42 PTG  

masalah awal tahun

2ury 16 Januari 2011 pada 6:05 PTG  

Situasi awal tahun mcm ni lah, banyak kena belanja itu dan ini, yg menambahkan lagi beban kpd ibubapa.

zulkbo 16 Januari 2011 pada 6:48 PTG  

salam..
tak ande yang free nya
dalam dunia..paling kurang
pun deme charge..buku tak
apa mende yang kita tak tahu..

Aku Anak Pahang 16 Januari 2011 pada 7:11 PTG  

Elok juga mana hok membebankan mok ayah tu di mansuhkan.. bayar ttp bayar cuma jgn besor sangat.

saharul 16 Januari 2011 pada 8:16 PTG  

Salam...

boleh hapus, keknyer perkapita utk sekolah, kerajaan tanggung sepenuhnyea...

endiem 16 Januari 2011 pada 9:39 PTG  

pah paleh .. yuran tadika pun mahal jugak..

mknace unlimited 16 Januari 2011 pada 9:43 PTG  

:) :) :)
yang peliknya yuran tadika berganda leh lak bayar.. manusia, manusia
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

SENORITA ZATY 16 Januari 2011 pada 10:56 PTG  

habeslah duit keraajaan.. heheheh

miss nina 17 Januari 2011 pada 11:42 PG  

bukan tak boleh dikenakan yuran, biar sepadan la.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP