GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 14 Februari 2011

Amalan poligami antara penyumbang kanser pangkal rahim


KUALA TERENGGANU, 14 Feb. - Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang Dr. Suhazeli Abdullah berkata, ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.

"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah ”Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap” anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini hari ini.

Dr. Suhazeli berkata, sebagai langkah awal bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan menggalakkan semua pelajar perempuan tingkatan satu dan dua mengambil suntikan Human Papillomavirus (HPV). - Bernama

* Sumber Utusan Online

* Ketik sumber di ( siNi )

*** Niat dihati hendak berpoligami..kerisauan mula melanda di hati..kasihan pula kepada isteri..hahaha!


7 Merujuk kepada perkara diatas :

F n Y 14 Februari 2011 pada 8:38 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
xazryx 14 Februari 2011 pada 8:39 PTG  

tak jadi nk bini banyak .HAHA . :)

Cik Shinju 14 Februari 2011 pada 8:40 PTG  

Hehehe...dah terbantut ke niat? :P

ikan emas 14 Februari 2011 pada 8:42 PTG  

ish ..
iyer ke ?

ada kajian ke ?

kenapa tak bgtau yg kena canser tu rg lelaki ? kan bagus. bagi depa takut sikit

URY 14 Februari 2011 pada 8:52 PTG  

TAK SETUJU!! Kalau betul2 poligami menjadi punca masalah tak kan Islam menghalalkannya... Allah tak akan menyusahkan hambaNya.

Tanpa Nama ,  12 Mei 2011 pada 7:09 PTG  

bukan kerana poligami - tapi tak jaga kebersihan kote - mandi wajib tak sempurna la tu - gopoh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP