GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 25 Februari 2011

Filem : Khurafat ( aStro first )


'' Aboh.. filem seram '' Khurafat ''..dah masok aStro first ''..kata Aina..

Nak tak nak dan sememangnya bapa Aina minat juga dengan filem seram begini..maka bapa Aini pun memesan juga melalui SMS untuk filem ''Khurafat '' ini..Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios sdn Bhd

Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh..



* Liyana Jasmy dan Syamsul Yusof

Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Iklan : -



* Sabrina Ali


Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.



* Liyana Jasmy dan Fauziah Nawi

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung..

Trailer : -



Ada ketika terkejut juga..ada ketika rasa macam nak tergelak..boleh lah untuk menonton se isi keluarga..ada ketika Aina berselubung dengan kain selimut..terkejut nampak mata hantu kaler merah katanya ..

*** Kredit untuk pelakon Sabrina Ali yang masuk dalam peti sejuk bilik mayat dan juga dimandikan serta dikafankan..


12 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 25 Februari 2011 pada 6:00 PTG  

ajoklah kawan tumpang sekaki nengoknya :)

Relevan 25 Februari 2011 pada 6:08 PTG  

* kome pun suka dia @jam ismail

* Boleh tahan @ Faiz Farish..

* Moh Sin..aok datang je ..@AAP

Tanpa Nama ,  25 Februari 2011 pada 7:18 PTG  

best gak citer nih

eelobor 25 Februari 2011 pada 8:35 PTG  

kawan pun dah sms untuk order tadi..

::ThisIsNotMe:: 25 Februari 2011 pada 8:44 PTG  

x berkesempatan nak tengok kat panggung, beli dvd je la nanti... uuhuhuh

-ilhamArman- 25 Februari 2011 pada 9:47 PTG  

aku xtengok lg cite ni.. tp try laa tengok since korang kata lakonan sabrina too cam best.. :)

Mak Su 26 Februari 2011 pada 7:05 PG  

lepas ni saya sms ler puloks

kakmelor 28 Februari 2011 pada 3:30 PTG  

tgok vcd..ada jge seramnya..yg lain ada beza sikit dari flm seram sbelum ni .sbb org muda mgarahnya..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP