GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 19 Februari 2011

Graduan rakam gambar raksasa


* GAMBAR raksasa di Tasik Windermere, Britain dirakamkan oleh seorang graduan, Tom Pickles pada minggu lalu.


TASIK WINDERMERE, Britain - Seorang graduan teknologi maklumat, Tom Pickles merakamkan gambar seekor raksasa di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar raksasa yang diberi nama Bownessie oleh penduduk tempatan itu dirakamkan menerusi telefon berkamera.

Nama itu diberikan kerana makhluk tersebut berada di dalam tasik di bandar Bowness.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, raksasa itu mungkin sebesar tiga padang bola sepak.

"Saya boleh memberitahu bahawa ia lebih besar jika makhluk itu berada di dasar laut," katanya yang melihat raksasa tersebut selama 20 saat.

Semasa gambar itu dirakamkan, Pickels sedang berkayak di tasik tersebut bersama dengan teman wanitanya kerana mereka mengikuti kursus bina semangat syarikat tempat dia bekerja.

Gambar yang dirakamkan graduan itu menunjukkan beberapa bonggol di badan raksasa tersebut.

Menurut Pickles, raksasa itu berenang dengan pantas.

Teman wanitanya, Sarah Harrington, 23, berkata: "Ia (makhluk itu) seperti seekor ular yang besar. Saya melihatnya selama beberapa saat tetapi apa yang saya fikirkan ketika itu ialah saya perlu keluar dari tasik tersebut." - Agensi

* Sumber KoSmo

*** Raksasa pulak dahh..kejap lagi Ultraman sampai..





12 Merujuk kepada perkara diatas :

saharul 19 Februari 2011 pada 9:06 PG  

naga tasik cini tu pindah ke sane sebab tasik cini dah x selamat diduduki...ramei ngat org cari ikan kat situ...tu yg lari ke sana tu agaknya...hehehe

Frodo Baggins 19 Februari 2011 pada 9:08 PG  

raksasa bonggol sudahh marii ... oltroman tiga datang!!

terokai seni 19 Februari 2011 pada 9:45 PG  

problem dia, blom ada lagi orang awam yang dapat rakam otromen ni... ada ke tak otromen penyelamat dunia?

Aliesha Kirana 19 Februari 2011 pada 9:51 PG  

knape la selalu bonggol je dpt rakam. pemalu btol la raksasa skrg ni..ahahahah!

azman JINKAMEN 19 Februari 2011 pada 9:58 PG  

salam..
koi rasa sajek jek diorang ni main main nak glemer jek ni..bila kluar surakhabar sure budak dua orang ni leh buat duit dengan cerita ni

Aku Anak Pahang 19 Februari 2011 pada 10:11 PG  

Kalau ada otromen tentu sedak kita dapat nengok dema berlawan :)

Sabahan Bloggers Club 19 Februari 2011 pada 10:40 PG  

Mesti yang dapat ambil gambar ni jadi famous kat tempat dia sekejap kan?

::FAIZ:: 19 Februari 2011 pada 10:42 PG  

Raksasa la sangat.... igt ni crita Otromen ke ha budak? hahahaha

Kakzakie Purvit 19 Februari 2011 pada 10:44 PG  

Kakak cuba perhati gambar tu tapi tak dapat bayangannya yg diperkatakan. Kena dua-tiga kali lihat.

Zura Tahir 19 Februari 2011 pada 11:45 PG  

hahaha...ultramen smpai...ingatkan jepun je kena serang raksasa...

Fadzli Amir 19 Februari 2011 pada 12:00 PTG  

diorang kan ramai pengkaji dan xplorer..kenapa tak buat kajian.....kalau betol ada resakse la...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP