GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 20 Februari 2011

KWSP umum dividen 5.8 peratus


KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

* Sumber Utusan Online

*** Lagi 3 tahun lagi 3 tahun hahaha!


11 Merujuk kepada perkara diatas :

Nurdiyana Yaccob 20 Februari 2011 pada 4:45 PTG  

kepada yg bijak menggandakan wang epf..dah dapat 30% keuntungan utk tahun 2010...

zulkbo 20 Februari 2011 pada 5:23 PTG  

Realitinya saya tidak berapa mengharap wang dari KWSP ini untuk persaraan saya.Pelaburan lain yang lebih berkuliti saya janakan melalui pembelian aset berupa hartanah mahupun rumah selain simpanan di ASB dan pembelian insuran nyawa.Walau bagaimanapun saya bersyukur dengan peningkatan kadar dividen pada tahun ini, alhamdulillah.

abadi romeo 20 Februari 2011 pada 5:57 PTG  

yang mencarum seronok le...yang mane kerja sendiri...sendiri mahu ingat kalau tak mencarum..gigit jari le..

Yunus Badawi 20 Februari 2011 pada 6:12 PTG  

Alhamdulillah walaupun saya dah 2 tahun tak mencarum sejak kerja sendiri ni huhuhu

Aku Anak Pahang 20 Februari 2011 pada 6:18 PTG  

Akaun kawan dah tutup ngan KWSP :(

Sharinginfoz 20 Februari 2011 pada 8:13 PTG  

bagus ianya lebih tinggi dari tahun sebelumnya

Tanpa Nama ,  20 Februari 2011 pada 8:17 PTG  

alhamdulillah...

ILA HonEyBuNNy 20 Februari 2011 pada 10:48 PTG  

salam..belum ada lagi kwsp..hehhehe

eelobor 20 Februari 2011 pada 11:31 PTG  

kawan pun sebenarnya tunggu tutup akaun jer ngn kwsp nie

hafeez ,  5 Mei 2012 pada 4:07 PTG  

Assalamualaikum, mcm mana nak tutp akaun kwsp kalau blom smpai umur pencen? Please. TQ

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP