Sepasang naga dilihat di Kalimantan
Tweet
* SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.
KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.
Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi
* Sumber koSmo

*** Tu dia Naga lah pulak ..
24 Merujuk kepada perkara diatas :
tak terang kan gambar tu..huhu pelik
katanya berenang jer, dan nampak 4 kaki pulak tuh. pening....
kat sini semalam koii jumpa jugek naga.....siap main lompat2 lagi dalam pasar raya.....yg best nywer tu...siap dapat ang pau lagi....
@eelobor:
kahkahkahk xle tahan nak ketawa bawa..hairan jugak ek...
p/s_ nampak cam potosop aje pale "naga" tu...
* Ha ha hampeh je...berita ni tahun 2009 punya..setelah kome mengodey godey tadi..
nampak sgt penipu gambar ni..
mcm photoshop je.. huhu
tu la pasal, dah tengok gambo ni dulu-dulu..hehe
Ahh.. serupa pulak dgn cerita hambe :)
nampak macam ular kan.... tegak leher dia ummm... ~
salam
nanti kita buat gempar dgn kemunculan naga tasik chini lak yek..hehehe
takutnya..tp mcm tipu je..
naga muncul sempena chap goh mei..
Nampak sangat photoshopnya gambar ni. Maybe dia takde naga yang pandai menari mcm di MAlaysia mungkin. Hahaha :D
Jom singgah blog Tira :)
selain naga ni, buah naga memang sedap dimakan
Photoshop je tu huhuhu..
biar betik..cam tampal jer..huhu..
salam..
koi nengok cam ulor
je tu..macam2 ..ha ha
sukahatilah apa pun...janji jangan aku yg terjump dah...
pelik je kepale nage camtu...
naga ke mcm tuh. kata penumpang bot yg amek gambar. tapi bila dilihat balik gambar tu x mcm diambil dri bot jer. n nampak sgt gmbr tu tipu. x real pun gambar tu.
mcm2 aje indon neh,ufo lah,la skrang naga la pulok..
naga tipu? kita bakor jerr he he
Yang Tu Naga Ker Tenuk?.. Naga Mane Ade Kpale Cm 2.. Nmpk Sgt Edit..
Catat Ulasan