GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 26 Mei 2011

Badan nyaris meletup


* Steven McCormack


NEW ZEALAND - Seorang pemandu lori New Zealand hampir meletup bagaikan belon setelah beliau jatuh di atas sebuah hos angin mampat yang menembusi punggung beliau dan kemudiannya memasukkan angin ke dalam badan beliau pada kadar 100 paun inci persegi.

Steven McCormack sedang berdiri di atas plat kaki lori tersebut apabila beliau tergelincir dan jatuh, memecahkan hos pemampat angin untuk penggunaan brek lori tersebut.

Beliau terjatuh di atas pemuat gangsa, yang menusuk punggung kiri beliau lalu mengepam angin terus ke dalam badan.

“Saya dapat rasakan angin kuat masuk ke dalam badan saya dan saya rasakan seperti ia akan meletup dari kaki,” kata McCormack kepada media tempatan dari hospital di bandar Whakatane.

“Saya mengembang bagaikan bola sepak,” kata beliau. “Saya tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri.”

Rakan sekerja McCormack bergegas ke arah beliau apabila terdengar jeritan. Mereka terus melepaskan injap keselamatan bagi memberhentikan angin tersebut, kata Robbie Petersen, salah seorang daripada pemilik syarikat tersebut, demikian menurut di lapor oleh telegraph.uk

Beliau dikejarkan ke hospital dengan kesan lebam yang teruk dan salah satu paru-paru beliau menjadi berair. Doktor berkata bahawa udara telah memberikan kesan kepada tisu lemak McCormack, namun, ia tidak memasuki aliran darah beliau.

McCormaack, 48, berkata beliau merasakan badan beliau seperti masak – keras di bahagian luaar tetapi isi di dalam menjadi lembut.

Seorang jurucakap hospital berkenaaan memberikan perkara mendalam tentang kemalangan ini, dimana situasi ini boleh membunuh McCormack.

“Beliau amat bertuah kerana dapat hidup, ia merupakan sesuatu yang boleh meragut nyawa.”..

* Sumber okezone



Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP