GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Mei 2011

Nenek guna beg gagalkan rompakan

SYDNEY: Seorang wanita warga emas Australia yang terselamat daripada cubaan rompak berkata, dia tidak teragak-agak “membunuh” penjenayah itu jika berkesempatan.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Jean itu, dia sedang berborak dengan dua rakannya di kawasan letak kenderaan bawah tanah di Melbourne apabila dihampiri seorang lelaki “selekeh.” Kata Jean, 89, lelaki terbabit mengacu pisau ke leher rakannya, Marie, 82, untuk memaksanya menyerahkan beg tangan.

Ketika itu Jean menggunakan beg tangannya memukul muka perompak terbabit.

“Saya sangka dia mahu membunuh kawan saya dan ia tak boleh dibiarkan,” katanya.

Kata Jean, jika berpeluang dia mahu membunuh perompak itu.

Sementara itu, Marie berkata, dia cuba menendang kangkang perompak itu tetapi gagal kerana kakinya tidak mampu diangkat cukup tinggi.

Perompak terbabit melarikan diri selepas beberapa orang awam datang untuk membantu. - AFP


* Sumber



4 Merujuk kepada perkara diatas :

cemomoi 29 Mei 2011 pada 1:17 PTG  

sibbaik kaki takleh angkat yerk... uuu

saharul 29 Mei 2011 pada 7:12 PTG  

koi rase wan tu terkejut lalu melatoh...tu yang membuatkan perompak tu terkejut ngat sebab terlampau berani...

Nizam Awang Brahim 29 Mei 2011 pada 9:58 PTG  

Nenek ni belajo taekwondo daaa...Kala dia belajo karatedo.Mau lebat penjenayoh tu...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP