GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 27 Mei 2011

Ramai suka baju Kate Middleton


* MICHELLE (kanan) ketika bertemu Kate di Istana Buckhingham, London, pada Selasa lalu.

Laman online jual pakaian Duchess of York dapat sambutan

LONDON: Kate Middleton yang kini dikenali sebagai Duchess of York membantu pereka pakaian melariskan jualan produk mereka sejak berkahwin dengan Putera William.

Dalam penampilan rasmi pertama selepas pulang daripada menghabiskan percutian bulan madu di Kepulauan Seychelles, pakaian Duchess of York terus mendapat perhatian dan tempahan online.

Baju berlengan pendek dan sendat berwarna perang yang dipakainya ketika beliau dan William bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle di Istana Buckingham Selasa lalu laris dijual dalam online dalam tempoh beberapa jam selepas gambar itu disiarkan dalam internet.

Permintaan untuk gaun keluaran Reiss yang dikenali sebagai Shola dijual dengan harga runcit £340 (RM1,666), terlalu banyak sehingga menyebabkan laman web jenama fesyen itu sesak, lapor akhbar Washington Post.

Jurucakap Reiss memberitahu akhbar kesesakan di laman web itu meningkat sehingga 300 peratus. Laman web itu masih sukar dimasuki sepanjang hari kelmarin.

Jenama itu turut mengumumkan kesulitan itu dalam laman Twitter dengan berkata: “Berikutan permintaan yang tinggi, demam Shola sudah melanda laman web kami. Kami berusaha untuk membawa kembali jenama Reiss kepada anda secepat mungkin,” katanya.

Kedua-dua baju biru dipakai pengantin baru itu semasa pengumuman pertunangan dan gaun perang yang dipakai semasa gambar pertunangannya dirakamkan turut laris dalam tempoh beberapa jam.

Tetapi, jenama pakaian Reiss meminta mereka yang berminat untuk membeli pakaian ‘Shola’ supaya tidak panik dalam satu mesej di Twitter.

“Kami masih ada beberapa lagi pakaian cantik mirip Shola untuk mereka yang berminat,” kata Reiss. – Agensi




1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  27 Mei 2011 pada 12:50 PTG  

haram bgi org islam...nmpak aurat

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP