GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 28 Mei 2011

Tu dia Pizza skru


* AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Kemeriahan majlis hari jadi seorang suri rumah bersama keluarga bertukar cemas apabila suaminya didakwa nyaris tertelan sebatang skru sepanjang 3 sentimeter ketika menikmati hidangan piza di rumah mereka di Seksyen 10 di sini malam kelmarin.

Seeorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 27, itu mendakwa, piza itu telah ditempah melalui pesanan dalam talian daripada sebuah rangkaian restoran makanan piza terkenal di Seksyen 9 di sini sebelum dinikmati bersama ibu, bapa mertua, adik ipar dan anaknya.

“Kami membuat tempahan piza sebanyak dua keping pada pukul 8.20 malam kelmarin dan setelah piza tiba, kami membuka sekeping terlebih dahulu yang terbahagi kepada beberapa potongan.

“Ketika suami saya sedang asyik menikmati kelazatan makanan ini, dia tiba-tiba mengadu tergigit sesuatu yang disangka seketul batu tetapi rupa-rupanya sebatang skru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 10 di sini semalam.




2 Merujuk kepada perkara diatas :

Syukri Mohtar 28 Mei 2011 pada 3:25 PTG  

entah kedai mane lah tu..habis jatuh nama..

ubai ,  31 Mei 2011 pada 1:01 PG  

problem nyer, cctv dah play back, tapi clear memang tak nampak skru yang 3cm tu..pizza double decker pulak tu, sure skru penuh cheese, sebab customer mention dalam pizza…logiknya skru tu besar, dan sure kalau u nak letak 2nd crust boleh perasan…masa you nak buat saucing pun mesti terasa sebab nipis jer kot cheese sauce tu.???nak makan duit saman ker?aduiiiii

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP