GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Jun 2011

Ahli politik Kuwait cadang lelaki simpan hamba seks


KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.

Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik.

Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi


* Sumber Kosmo! Online

*** Hancur dah !


6 Merujuk kepada perkara diatas :

Yunus Badawi 9 Jun 2011 pada 10:13 PTG  

Kalau org Kuwait dah beli, takde can lah org Msia. Mana sanggup nak beli mahal2 hehehe

Bingai @ Bangang 10 Jun 2011 pada 12:43 PG  

sememangnya tidak haram di sisi syariah Islam sekiranya perempuan itu diBELI sebagai HAMBA tetapi, Rasulullah sendiri berkahwin untuk membebaskan hamba, inikan pula kita meneruskan sistem penghambaan itu sendiri?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP