GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 8 Jun 2011

Arab Saudi larang lelaki jadi jurujual pakaian dalam wanita

JEDDAH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, mengeluarkan arahan mewajibkan kedai menjual pakaian dalam wanita hanya boleh menggaji wanita tempatan.

Langkah itu dibuat bagi menangani isu pengangguran yang tinggi di kalangan wanita negara itu.

Agensi berita SPA melaporkan, kerajaan turut mengenakan syarat sama di syarikat pengeluar ubat-ubatan.

Sejak lama dulu, wanita Arab Saudi memang merungut mengenai kesukaran mereka membeli pakaian dalam di kedai yang dijaga pekerja lelaki.

Aktivis hak asasi wanita, Fatima Garub, menyambut baik keputusan Abdullah dan berpendapat ia mampu membuka kira-kira 6,000 ruang pekerjaan untuk wanita Arab Saudi.

“Mulai hari ini, wanita tidak lagi dimalukan.

“Terima kasih kepada kerajaan yang mengambil keputusan dinanti-nantikan ini,” katanya. - AFP




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP