GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Jun 2011

Bagus Pak NiL ( Aznil Haji Nawawi )


KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

* Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.. ( Beli sendiri sendiri )



10 Merujuk kepada perkara diatas :

Zura Tahir 9 Jun 2011 pada 8:31 PG  

dgr jgak kat radio era..mmg tertekan bile keluarga xnk tolong..

Aku Anak Pahang 9 Jun 2011 pada 8:37 PG  

Moralnya jgn cari pasal ngan along biar ngan angah sikit :)

::FAIZ:: 9 Jun 2011 pada 8:59 PG  

bagusla, duit bebanyak kalau tak guna utk tolong org, tak berkat gak...

Tia 9 Jun 2011 pada 9:15 PG  

lain kali jgn pinjam dgn along, pinjam dgn kak long ke, mak long ke, pak long ke, bang long, itupun kalu deme blh tolong, koi tokleh la nak nolong bab2 duit ni....

ozzy 9 Jun 2011 pada 9:28 PG  

Tahniah pada Aznil..apa yg penting niatnya untuk menolong biarlah dgn ikhlas

Muttallif 9 Jun 2011 pada 9:47 PG  

hahaha, saya ada terdengar kisah nie...dan ada buat entry pasal nya^^...huhuhhu...

Unknown 9 Jun 2011 pada 12:57 PTG  

tahniah pak nil.satu usaha untuk membantu yg berada dalam kesusahan.

atyn 9 Jun 2011 pada 3:33 PTG  

baiknya pak nil..ok la duit rezeki dr Tuhan tu dia tlg org yg susah

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP