Di Perkosa lepas singgah untuk ‘mandi’
AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.
Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.
“Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ.
Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.
Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.
Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.
6 Merujuk kepada perkara diatas :
eleh nmpak sgt statement pompuan 2 ekor tu x kukuh.. bleh plak tertido pastu terogol plak.. dah dasar suke sme suke pastu kene ugut ngn parent trus terlepas cerita pastu wat la report polis.. kes jd rogol sbb pompuan tu bwh umo.. ..
mcm tak logik pulak boleh tertidur... dua nikmat kot..ape2 la budak2 skrg ni...pompuan tu baru form 2 kot...
-Yok mampir diluk = medium dakwah terbaik dalam siri nurkasih the movie..
Apele beghani deme ngikot boipren deme balik ghumah....nampok beno nipu nye... ni silap2 terkantoi balik nanti ni
pompuan tu yg bodo, ikut laki buat pe.
berdasarkan berita neh:-
keluarga pompuan tu nak mengamuk pun tak guna.
kenapa biarkan anak pompuan kuar sampai pepagi buta.
hmm.
=_='
Sebab tu jgn jinak sangat.. abis hilir :(
Catat Ulasan