Lelaki ditanam hidup-hidup mati
MOSCOW: Seorang lelaki maut selepas menanam dirinya hidup-hidup di sebuah taman di Blagoveshchensk, semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 35 tahun itu mahu menguji ketahanan dirinya dengan bermalam di bawah tanah.
“Dia meminta rakannya menanam dia semalaman,” katanya.
Mereka menggali satu lubang di taman dan memasukkan keranda diubah suai yang dilengkapi saluran udara.
Jurucakap itu berkata, lelaki terbabit turut membawa selimut, sebotol air dan telefon bimbit ketika berbaring dalam keranda itu.
Selepas menanam keranda bersama lelaki itu sedalam kira-kira 20 sentimeter, rakan mangsa pulang sebaik dihubungi melalui telefon memaklumkan semuanya selamat.
“Bagaimanapun, keesokan harinya lelaki terbabit didapati mati dalam keranda itu,” katanya.
Hujan lebat pada malam itu mungkin menyekat bekalan udara ke keranda berkenaan. - AFP
1 Merujuk kepada perkara diatas :
bodohnyer la aiiii..ade gak orang cam nie..huk3
Catat Ulasan